Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, April 24, 2010

Peneroka digesa bangkit dari terus ditipu
Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 24 April: Warga peneroka digesa berani mempertahankan hak mereka dari terus ditipu dan ditindas Felda dan kerajaan BN khususnya dalam isu hak pemilikan tanah.

Peguam Wan Rohimi Wan Daud berkata, Felda kini menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas peneroka.

Peneroka jelasnya ditekan akan dibuang dari rancangan Felda jika melanggar akta itu, sedangkan Felda langsung tiada kuasa berbuat demikian.

"Itu tahyul belaka, selama 52 tahun Felda guna akta GSA ini takutkan peneroka.

" Isu tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri bukan Felda," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di Himpunan Warga Felda Kebangsaan Kali Ke-2 di Sg. Tengi hari ini.

Rohaimi yang juga peguam kes Felda Kemahang 3, Kelantan yang menang baru baru ini berkata, beberapa penindasan lain juga wujud, dan didakwa dirancang secara teliti pihak Felda tanpa pengetahuan peneroka.

"Tiga benda Felda tipu peneroka secara tidak sedar iaitu isytihar buah reject, curi buah reject dan isytihar kualiti minyak rendah," katanya lagi.

Menurutnya, hasil penyiasatan yang dilakukan mendapati dalam purata 7 tan kelapa sawit, Felda mengisytiharkan setengah tan adalah buah yang di reject.

Ianya bersamaan lebih kurang 19 dari 38 tandan kelapa sawit.

Namun dedahnya, buah yang diisytihar reject itu bagaimanapun tidak dibenar diambil semula oleh peneroka berkenaan.

"Pada malamnya, lori akan datang ambil buah reject itu dibawa ke kilang untuk diproses.

"Tapi Felda tidak pernah agihkan wang dari buah reject ini kepada peneroka," katanya lagi.

Ekoran itu tambahnya, setiap peneroka rugi atas angin RM250 sebulan ditipu Felda dangan "buah reject".

Selain itu, setiap kilang Felda juga jelasnya turut mewujudkan kolam minyak busuk.

Bagaimanapun, pada sebelah malamnya, 'lori hantu' diarah datang menyedut minyak tersebut untuk dijual.

"Minyak busuk ini ada harga, Felda jual mianyak ini tetapi langsung hasilnya tidak diberikan kepada peneroka," katanya lagi.

Membuat pendedahan seterusnya Rohaimi berkata duit hasil minyak dari biji kelapa sawit juga tidak diwartakan Felda kepada peneroka.

Apa yang diberikan kepada peneroka katanya hanya hasil minyak dari sabut buah kelapa sawit sahaja.

"Jenis apa ke ini, dapat nasihat dari Apco la ni," katanya.

Sehubungan itu katanya, nasib peneroka hanya akan terbela jika kerajaan negeri berpihak kepada mereka.

Maka ujarnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah yang terbaik membela nasib mereka.

Perubahan jelasnya harus dimulakan pada pilihan raya Hulu Selangor ini dengan mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

2 comments:

  1. Setandan buah sawit secara teorinya memang mempunyai sebanyak 22%-25% kandungan yield atau minyak yang terdapat di dalamnya mengikut kawasan, baja yang digunakan, tanah dan sebagainya. Ini termasuk minyak yang terdapat di dalam tandan kosong, minyak yang terkandung di dalam tempurung dan minyak pada PKC.

    Secara teorinya, minyak di dalam sabut kelapa sawit di anggarkan sebanyak 20% hingga 22% dan selebihnya terdapat pada tandan kosong, tempurungnya dan isirong sawit.

    Kadar perahan sawit (OER) adalah sememangnya kurang daripada nilai teori disebabkan banyak faktor.

    Faktor 1) Tidak mungkin untuk memerah 100% daripada jumlah minyak yang ada dalam kelapa sawit. Mana-mana kilang sawit juga tidak akan dapat 100% OER. cth seperti makanan, tak mungkin badan kita akan menyerap 100% nutrisi yang terdapat dalam makanan, mesti akan ada yang tertinggal walau sesihat manapun badan kita. Antara kilang yang terbaik di Malaysia yang dipunyai oleh Sime Darby kadar OER paling tinggi adalah 95%.

    Faktor 2) Kebanyakkan kilang sawit tidak memperoses minyak yang terdapat pada tandan kosong disebabkan ketidak ekonomi untuk menyediakan fasiliti berbanding hasil yang diperolehi... secara teorinya, terdapat 0.8% hingga 1.2% minyak tedapat pada tandan kosong sawit, tetapi kaedah yang terbaik yang terdapat di pasaran hanya dapat mengeluarkan 50% minyak pada tandan. Jika tidak di proses, maka kadar OER perlulah di tolak dari baki yang terdapat pada tandan kosong.

    Faktor 3) Buah kecil dan mempunyai kadar minyak yang rendah disebabkan kurang nutrisi pada pokok.

    Faktor 4) Pokok kurang baik disebabkan kurang baja dan penghasilan yield yang rendah.

    Faktor 5) Buah muda.

    ReplyDelete
  2. FELDA terkenal kerana mempunyai fasiliti kilang yang tercanggih di negara kita dan mempunyai ladang paling besar di dunia, namun kadar perahan OER di FELDA memang menunjukkan kadar yang rendah. banyak faktor yang saya tahu berlaku di FELDA dan kelima-lima faktor di atas banyak disebut2 menjadi faktor mengapa kadar perahan minyak di kilang FELDA adalah rendah.

    Terdapat beberapa kilang dan kawasan yang kadar OER sangat rendah mencecah 17% hingga 18% disebabkan sikap peneroka sendiri yang tamak menjual buah muda, malas membaja, malas membersihkan kawasan, dan sebagainya... ladang FELDA milik peneroka juga agak terkenal dengan buahnya yang kecil (gred B) berbanding ladang milik Sime Darby disebabkan kurang nutrisi yang betul.

    Kadar penggunaan baja hanya separuh dari kadar yang sepatutnya... Ini semua adalah faktor peneroka sendiri.

    Oleh yang demikian, kadar perahan minyak sawit di FELDA adalah rendah dan nilai 19% mungkin bertepatan. Kadar perahan yang di rekod oleh Sime Darby adalah sekitar 20%-21%. Perbezaan 1% disebabkan oleh faktor di atas.

    Untuk pengetahuan, kenaikan kadar OER sebanyak 1% tidak memberi impak yang banyak kepada peneroka FELDA disebabkan mereka hanya berjaya menghasilkan kira2 16-20 tan sawit sehektar setahun. Seorang peneroka mempunyai 10 ekar atau 4 hektar tanah sawit setiap orang. maka perbezaan pendapatan yg diperolehi hanya sekitar RM 140 sebulan (jumlah ini belum tolak upah memproses oleh kilang), serta bayaran kepada kerajaan berdasarkan kenaikan OER.

    Dianggarkan hanya separuh boleh diperolehi oleh peneroka iaitu tambahan RM 70 sebulan. Tetapi pendapatan dapat ditingkatkan dengan penggunaan jumlah baja yang betol dan kedah penanaman yang berkesan. penggunaan baja yang betol dapat meningkatkan hasil sawit kepada 24-28 tan sawit sehektar (cth ladang lain di Malaysia). perbezaan 8-10 tan setiap hektar ini memberi perbezaan pendapatan bersih sebanyak sehingga RM 700 setiap bulan setelah ditolak baja, upah baja dan sebagainya juga berdasarkan harga semasa sawit.

    Jadi kepada para peneroka yang terlibat, peluang untuk menang dan dapat duit secara mudah RM260K seorang adalah sukar dan tidak betul kaedah yang digunapakai. Sepatutnya nak duit lebih, berusaha lah lebih untuk tingkatkan hasil. Semaklah fakta dengan betul dahulu sebelum bertindak... 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"...

    Tambahan lagi, peneroka juga dibayar gaji atau elaun RM500 sebulan ketika proses tanam semula sawit dijalankan selama 3 tahun sementara menunggu sawit berbuah... (masa ni tak payah jual sawit pon dapat duit, so, mana datang duit tu??) yang ini nak beri balik pada kerajaan tak??

    ReplyDelete

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam