Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 8, 2010

Thursday, 8 April 2010

Zulkifli Nordin, hentikan sikap dan tindakan ala Syaitan !

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberikan respon ke atas beberapa siri 'pendedahan' yang sedang ligat diputar belit oleh media berikutan kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkenaan pihak ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Hari ini, media pro-BN seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian giat menyiarkan pendedahan Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau dimaklumkan oleh Zulkifli bahawa pihak ketiga yang beliau maksudkan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli pada 23 Mac 2010 yang lepas mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa beliau ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyah iman untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh 'pihak ketiga' yang tidak didedahkan.

Walaupun begitu, ia sama sekali berbeza dengan apa yang diceritakan oleh Zulkifli melalui wawancara Suara Keadilan Julai 2007 di mana tatkala beliau ditanya apakah faktor beliau menarik diri daripada menjadi peguam Azilah Hadri, beliau menegaskan bahawa penarikan diri beliau adalah disebabkan oleh tindakan Azilah yang mahu mengubah strategi pembelaan di saat akhir meskipun sebanyak 12 sesi konsultansi diadakan di antara beliau dan Azilah. Strategi Azilah, disifatkan Zulkifli, merosakkan strategi pembelaan yang dirancang lebih awal yang hanya memberi kelebihan dan perlindungan kepada 'pihak ketiga'.

Sebagai peguam, Zulkifli sewajarnya tahu akan etika guaman yang tidak membenarkan sebarang kenyataan subjudis yang boleh mengganggu perjalanan mahkamah, dalam keadaan rayuan bagi kedua tertuduh bagi kes ini masih berjalan. Tindakan ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah umumnya.

Persoalan yang timbul ialah kenapa Zulkifli acapkali memberikan kenyataan yang samar dan meragukan? Sewajarnya sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, beliau harus mendedahkan siapa pihak ketiga yang dimaksudkan sedari awal lagi, bukannya mewujudkan dua versi cerita yang berbeza mengikut iktikad politik beliau.

Sekiranya benar Zulkifli seorang yang benar-benar Muslim yang taat pada agama, mengapa Zulkifli masih taat dan wala' kepada seorang pemimpin yang kononnya tergamak memfitnah orang lain dan berusaha memalitkan orang tersebut dalam kes pembunuhan Altantuya ini?
Adalah sesuatu yang memelikkan apabila Zulkifli, yang acapkali menggambarkan beliau sebagai "Muslim First" gagal memperlihatkan kemusliman beliau dalam berhadapan dengan kes Altantuya. Malah, sikap berdolak dalik dan menimbulkan keraguan seumpama ini hanya merupakan sebahagian daripada sikap syaitan yang acapkali dijelaskan di dalam Al-Quran, khususnya seperti yang diungkapkan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 14-16. Zulkifli tidak pernah mendedahkan sebarang nama pun, baik dalam cerita 'pihak ketiga' ini termasuklah seloka 'Firaun Kecil' yang menjadi mainan hujah beliau saban waktu.

AMK percaya bahawa memperlihatkan diri sebagai Muslim yang baik tidak terhad dengan berketayap ataupun memberi khutbah di merata tempat, sebaliknya keazaman untuk mempertahankan kebenaran meskipun pahit adalah sesuatu yang patut dijunjung oleh individu seperti Zulkifli. Memutar belit cerita dan menimbulkan keraguan yang tidak munasabah adalah hanya satu unsur munafik yang menghampiri sikap syaitan.

AMK menyimpulkan bahawa, Zulkifli harus berhenti daripada meneruskan sikap berdolak-dalik seumpama ini. Jangan cemarkan imej Islamik yang dibawa beliau ke sana sini kerana ianya hanya menghampiri sikap syaitan yang sesat lagi menyesatkan umat manusia seluruhnya.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam