Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Monday, April 5, 2010

JIKA MASJID BERFUNGSI..KERAJAAN BN AKAN RANAP...


( Laporan harakahdaily )
Kerajaan belum sedia serah pemilihan AJK masjid kepada ahli kariah

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 5 April: Kerajaan belum bersedia menyerahkan pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid kepada ahli kariah biarpun didakwa timbul perpecahan terhadap lantikan kerajaan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu demikian dalam jawapannya terhadap soalan dibangkitkan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap).

Nasir dalam soalannya mendakwa pelantikan jawatankuasa masjid yang dibuat kerajaan dan bukan berdasarkan pilihan ahli kariah merupakan salah satu punca berlakunya perpecahan di kalangan ahli masjid.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, terdapat juga masjid yang tidak pernah mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk membuat pemilihan ahli jawatankuasa.

"Sebab berlakunya masalah perpaduan di kalangan ahli masjid, kerana pelantikan ahli jawatankuasa masjid bukan dibuat berdasarkan pilihan. Malah ada masjid yang tidak pernah buat mesyuarat agung mereka.

Justeru, beliau ingin tahu samaada pihak kerajaan bersedia untuk menyerahkan urusan pelantikan pegawai-pegawai masjid kepada ahli kariah itu sendiri.

"Adakah pihak kerajaan bersedia untuk meyerahkan urusan pelantikan pegawai-pegawai masjid yang berlelayakan dan berwibawa diserahkan kepada ahli kariah itu sendiri," soalnya.

Jamil Khir bagaimanapun tidak menyatakan kesedian berbuat demikian dan berkata pepecahan berlaku akibat perbezaan pandangan.

( Admin )Sebenarnya semua orang dah tau..jika masjid berfungsi sepenuhnya maka kerajaan BN akan hancur !!!

No comments:

Post a Comment

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam