Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, June 13, 2010



BILAkah akan berakhir kezaliman dan kejahatan Yahudi Israel kepada Umat Islam...? Persoalan ini akan terjawab apabila kita membuka hadist Rasulullah SAW : " Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah ummat Islam memerangi Yahudi dan membuatkan Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan kayu . Lalu berkata batu dan kayu : Wahai Muslim , ini dia Yahudi dibelakangku , datanglah lalu bunuhlah ia . Kecuali pokok Gharqad sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada pokok Yahudi ."

Lihatlah betapa zalimnya dan jahatnya mereka...

Wednesday, June 2, 2010

Coretan Buat Sahabat juga Guru...


Lamanya aku tak update blog...mungkin tak ada idea atau juga aku sibuk sikit kebelakangan ini. Malam Rabu lalu mesej daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengajakku menemani beliau ke Singapura kerana beliau dijemput untuk memberikan ceramah di University Singapore pada hari Rabu .
Seronok gak dapat pergi Singapura kerana aku belum pernah sampai kesana...selama ini duk tengok dari seberang Tambak Johor je... tapi...
Aku tak dapat pergi juga akhirnya kerana esoknya jam 7 pagi aku telah dijadual untuk membawa kakitangan Pergigian berkursus di Beserah...Susah hati juga mikirkan macammana nak buat...?? Difahamkan beliau dapat seorang Sahabat dari Kuantan menemani beliau ke Singapura pagi esoknya..Alhamdulillah.
Selama ini pun aku memang mempelawa diri ini untuk menemani beliau jika program beliau ke destinasi Johor, Melaka ataupun Negeri Sembilan. Tidak ada apa lagi yang mampu aku buat bagi membantu perjuangan ini, dapat menjadi pemandu kepada Ketua Pemuda pun satu perkara yang baik buatku.....
Aku berbangga kerana dikala orang lain melontar cacian, hendik dan sebagainya kepada beliau aku mungkin antara orang yang memuji dan menjadi peminat beliau bermula ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Rompin lagi....
Aku berbangga kini dan mungkin PAS Rompin juga berbangga seorang anak Peneroka Gugusan Keratong Pahang kini berada di peringkat nasional hatta Internasioanal pada sebuah Gerakan Islam terbesar di Dunia iaitu...PAS!!!!

Thursday, May 13, 2010

sungai dalam laut..?? ( Dari blog musafir kasih llahi )

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani
aritu dgr crita kawan ustaz dye yg cerita ade satu laut ni kat mexico...yg dlmnye ade laut...subhanallah
sungai 2 ade dlm sebuah gua yg berada dlam sebuah laut...masya ALLAH sngt berkuasa dan hebat ciptaannya....lebih unik lagi air sungai dan laut x bercampur....org inggeris yg jumpe sungai ni akhirnya memeluk islam...selepas berjumpa dgan ulama'2...
ulama2 mengatakan kejadian Allah ni sudah pun tercatat dlam al Quran...leh rjuk dlm surah Ar-rahman...insya Allah..
......di dlam gua...


besarkan sungainye....ade pokok lagi...


ade daun yg tidak terapung pun..tp stay je kat atas tanah....hebat an
,,,,,penyelam berendam dalan air sungai...nampak dedaun warne kuning???

dalam gua...


2 lah kebesaran Allah...berjuta-juta x terkira ciptaan2-Nya yg hebat2.....x de sbb utk kite mempersoalkan kebesaran-Nya...Insya Allah keimanan sentiasa terjaga melihat keindahan dan kehebatan ciptaanNya..insya Allah..

Wednesday, May 5, 2010

ZURIAT ISLAM HADHARI DAN 1 MALAYSIA UMNO TELAH MENETAS

Zuriat ISLAM HADHARI dan 1 MALAYSIA telah menetas sekarang. Itulah natijahnya, lahirnya manusia yang pakai tudung tapi pakai seluar pendek. Kemana perginya menteri yang menjaga agama ? kenapa terlalu bacul untuk melaksanakan perintah Allah SWT. ? sahabat-sahabat tentu ada jawapannya......

Saturday, April 24, 2010

Peneroka digesa bangkit dari terus ditipu
Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 24 April: Warga peneroka digesa berani mempertahankan hak mereka dari terus ditipu dan ditindas Felda dan kerajaan BN khususnya dalam isu hak pemilikan tanah.

Peguam Wan Rohimi Wan Daud berkata, Felda kini menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas peneroka.

Peneroka jelasnya ditekan akan dibuang dari rancangan Felda jika melanggar akta itu, sedangkan Felda langsung tiada kuasa berbuat demikian.

"Itu tahyul belaka, selama 52 tahun Felda guna akta GSA ini takutkan peneroka.

" Isu tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri bukan Felda," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di Himpunan Warga Felda Kebangsaan Kali Ke-2 di Sg. Tengi hari ini.

Rohaimi yang juga peguam kes Felda Kemahang 3, Kelantan yang menang baru baru ini berkata, beberapa penindasan lain juga wujud, dan didakwa dirancang secara teliti pihak Felda tanpa pengetahuan peneroka.

"Tiga benda Felda tipu peneroka secara tidak sedar iaitu isytihar buah reject, curi buah reject dan isytihar kualiti minyak rendah," katanya lagi.

Menurutnya, hasil penyiasatan yang dilakukan mendapati dalam purata 7 tan kelapa sawit, Felda mengisytiharkan setengah tan adalah buah yang di reject.

Ianya bersamaan lebih kurang 19 dari 38 tandan kelapa sawit.

Namun dedahnya, buah yang diisytihar reject itu bagaimanapun tidak dibenar diambil semula oleh peneroka berkenaan.

"Pada malamnya, lori akan datang ambil buah reject itu dibawa ke kilang untuk diproses.

"Tapi Felda tidak pernah agihkan wang dari buah reject ini kepada peneroka," katanya lagi.

Ekoran itu tambahnya, setiap peneroka rugi atas angin RM250 sebulan ditipu Felda dangan "buah reject".

Selain itu, setiap kilang Felda juga jelasnya turut mewujudkan kolam minyak busuk.

Bagaimanapun, pada sebelah malamnya, 'lori hantu' diarah datang menyedut minyak tersebut untuk dijual.

"Minyak busuk ini ada harga, Felda jual mianyak ini tetapi langsung hasilnya tidak diberikan kepada peneroka," katanya lagi.

Membuat pendedahan seterusnya Rohaimi berkata duit hasil minyak dari biji kelapa sawit juga tidak diwartakan Felda kepada peneroka.

Apa yang diberikan kepada peneroka katanya hanya hasil minyak dari sabut buah kelapa sawit sahaja.

"Jenis apa ke ini, dapat nasihat dari Apco la ni," katanya.

Sehubungan itu katanya, nasib peneroka hanya akan terbela jika kerajaan negeri berpihak kepada mereka.

Maka ujarnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah yang terbaik membela nasib mereka.

Perubahan jelasnya harus dimulakan pada pilihan raya Hulu Selangor ini dengan mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Monday, April 19, 2010

FITNAH

fitnah!!!
Orang Melayu sememang senonim dengan istilah 'FITNAH' . Kalau cerita pasal fitnah, orang melayu no 1 jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain. Jika ianya bergelar melayu dan beramal dengan Islam secara betul, maka fitnah sepertimana dalam masyarakat melayu tidak akan berlaku.

Setiap kali tiba musim pilihanraya maka gendang fitnah akan timbul, tidak kira ianya sejarah silam batang tubuh seseorang itu. Adakah 'Halal' kita menabur fitnah kepada saudara Islam kita dek kerana memenangkan parti zalim yang kita dukungi ? Lupakah dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh ?!!

Thursday, April 8, 2010

Thursday, 8 April 2010

Zulkifli Nordin, hentikan sikap dan tindakan ala Syaitan !

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberikan respon ke atas beberapa siri 'pendedahan' yang sedang ligat diputar belit oleh media berikutan kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkenaan pihak ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Hari ini, media pro-BN seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian giat menyiarkan pendedahan Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau dimaklumkan oleh Zulkifli bahawa pihak ketiga yang beliau maksudkan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli pada 23 Mac 2010 yang lepas mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa beliau ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyah iman untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh 'pihak ketiga' yang tidak didedahkan.

Walaupun begitu, ia sama sekali berbeza dengan apa yang diceritakan oleh Zulkifli melalui wawancara Suara Keadilan Julai 2007 di mana tatkala beliau ditanya apakah faktor beliau menarik diri daripada menjadi peguam Azilah Hadri, beliau menegaskan bahawa penarikan diri beliau adalah disebabkan oleh tindakan Azilah yang mahu mengubah strategi pembelaan di saat akhir meskipun sebanyak 12 sesi konsultansi diadakan di antara beliau dan Azilah. Strategi Azilah, disifatkan Zulkifli, merosakkan strategi pembelaan yang dirancang lebih awal yang hanya memberi kelebihan dan perlindungan kepada 'pihak ketiga'.

Sebagai peguam, Zulkifli sewajarnya tahu akan etika guaman yang tidak membenarkan sebarang kenyataan subjudis yang boleh mengganggu perjalanan mahkamah, dalam keadaan rayuan bagi kedua tertuduh bagi kes ini masih berjalan. Tindakan ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah umumnya.

Persoalan yang timbul ialah kenapa Zulkifli acapkali memberikan kenyataan yang samar dan meragukan? Sewajarnya sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, beliau harus mendedahkan siapa pihak ketiga yang dimaksudkan sedari awal lagi, bukannya mewujudkan dua versi cerita yang berbeza mengikut iktikad politik beliau.

Sekiranya benar Zulkifli seorang yang benar-benar Muslim yang taat pada agama, mengapa Zulkifli masih taat dan wala' kepada seorang pemimpin yang kononnya tergamak memfitnah orang lain dan berusaha memalitkan orang tersebut dalam kes pembunuhan Altantuya ini?
Adalah sesuatu yang memelikkan apabila Zulkifli, yang acapkali menggambarkan beliau sebagai "Muslim First" gagal memperlihatkan kemusliman beliau dalam berhadapan dengan kes Altantuya. Malah, sikap berdolak dalik dan menimbulkan keraguan seumpama ini hanya merupakan sebahagian daripada sikap syaitan yang acapkali dijelaskan di dalam Al-Quran, khususnya seperti yang diungkapkan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 14-16. Zulkifli tidak pernah mendedahkan sebarang nama pun, baik dalam cerita 'pihak ketiga' ini termasuklah seloka 'Firaun Kecil' yang menjadi mainan hujah beliau saban waktu.

AMK percaya bahawa memperlihatkan diri sebagai Muslim yang baik tidak terhad dengan berketayap ataupun memberi khutbah di merata tempat, sebaliknya keazaman untuk mempertahankan kebenaran meskipun pahit adalah sesuatu yang patut dijunjung oleh individu seperti Zulkifli. Memutar belit cerita dan menimbulkan keraguan yang tidak munasabah adalah hanya satu unsur munafik yang menghampiri sikap syaitan.

AMK menyimpulkan bahawa, Zulkifli harus berhenti daripada meneruskan sikap berdolak-dalik seumpama ini. Jangan cemarkan imej Islamik yang dibawa beliau ke sana sini kerana ianya hanya menghampiri sikap syaitan yang sesat lagi menyesatkan umat manusia seluruhnya.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam