Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Monday, April 5, 2010

JIKA MASJID BERFUNGSI..KERAJAAN BN AKAN RANAP...


( Laporan harakahdaily )
Kerajaan belum sedia serah pemilihan AJK masjid kepada ahli kariah

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 5 April: Kerajaan belum bersedia menyerahkan pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid kepada ahli kariah biarpun didakwa timbul perpecahan terhadap lantikan kerajaan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu demikian dalam jawapannya terhadap soalan dibangkitkan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap).

Nasir dalam soalannya mendakwa pelantikan jawatankuasa masjid yang dibuat kerajaan dan bukan berdasarkan pilihan ahli kariah merupakan salah satu punca berlakunya perpecahan di kalangan ahli masjid.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, terdapat juga masjid yang tidak pernah mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk membuat pemilihan ahli jawatankuasa.

"Sebab berlakunya masalah perpaduan di kalangan ahli masjid, kerana pelantikan ahli jawatankuasa masjid bukan dibuat berdasarkan pilihan. Malah ada masjid yang tidak pernah buat mesyuarat agung mereka.

Justeru, beliau ingin tahu samaada pihak kerajaan bersedia untuk menyerahkan urusan pelantikan pegawai-pegawai masjid kepada ahli kariah itu sendiri.

"Adakah pihak kerajaan bersedia untuk meyerahkan urusan pelantikan pegawai-pegawai masjid yang berlelayakan dan berwibawa diserahkan kepada ahli kariah itu sendiri," soalnya.

Jamil Khir bagaimanapun tidak menyatakan kesedian berbuat demikian dan berkata pepecahan berlaku akibat perbezaan pandangan.

( Admin )Sebenarnya semua orang dah tau..jika masjid berfungsi sepenuhnya maka kerajaan BN akan hancur !!!

Monday, March 29, 2010

DOA YANG BAIK


Kita di sunnatkan minta meninggal pada salah satu tanah suci Makkah dan Madinah.
Hafsah r.anha meriwayatkan Umar r.a. berdoa, “Ya Allah, kurnialah aku mati syahid dalam membela agamaMu, dan tempatkan kematianku itu di negeri Rasulmu s.a.w.”. Hafsah r.anha bertanya, “Bagaimana bisa?”. Ujar Umar r.a., “Insya Allah akan dikabulkan”.
Rujukan: Sayid Sabiq (1990). Fikih Sunnah. Cetakan Pertama. Edisi Malaysia. KL: Victory Agencie. ms 75.

Sejarah menunjukkan Saidina Umar r.a. mati syahid akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah, seorang Majusi kerana ditikam 6 kali sewaktu menjadi imam ketika solat di Masjid Nabawi. Dan juga kita tahu bahawa jenazah Saidina Umar r.a. di semadikan berjiran dengan makam Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah, sesungguhnya Allah telah mengurniakan kedua-duanya permintaan Saidina Umar r.a.

Nasib kita belum tentu. Setiap yang hidup akan berdepan dengan kematian pada suatu masa nanti. Daripada mati kerana sebab-sebab lain, lebih BAIK mati syahid dalam membela agama Islam.

Rasanya eloklah kita juga berdoa seperti yang didoakan oleh Saidina Umar r.a. seperti disebutkan di atas, iaitu Ya Allah, kurnialah kami mati syahid dalam membela agamaMu, dan tempatkan kematian kami itu di negeri Rasulmu s.a.w.

Ya Allah, kurniakanlah permintaan kami yang banyak dosa ini dan masih bermain-main dalam berdakwah. Amin.

Sunday, March 28, 2010

SERUAN ANAK MUDA KEMBALI KE LADANG
Anak adakan kempen 'Jom Kembali Ke Ladang'
Hashim Abdullah

KUALA KRAU, 28 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, pihaknya akan mengadakan kempen ‘Jom Kembali Ke ladang’, bagi merangsang anak muda mengusahakan sendiri kebun mereka bagi meningkatkan pendapatan.

Berucap pada program penerangan khas sempena Mesyuarat Cabang PKR Kuala Krau, di Felda Jenderak Utara, petang semalam, Mazlan berkata peningkatan pendapatan lebih besar menunggu masyarakat peneroka apabila kebun diusahakan sendiri tanpa bergantung kepada kapitalis yang dicipta pemerintah Umno.

Kempen yang akan dilancarkan oleh Mazlan ini adalah kesinambungan kempen-kempen yang dibuat oleh Anak pimpinan Mazlan untuk membela nasib peneroka Felda.

Sebelum ini, beliau telah ditahan polis dan didakwa ekoran aktivitinya menyedarkan masyarakat Felda tentang hak mereka sebagai peneroka.

“Sudah ada peneroka yang berani mengusahakan ladang mereka sendiri, terbukti mereka berjaya memperolehi pendapatan jauh lebih besar dari apa yang diusahakan dengan Felda. Sebab itu kita akan adakan kempen Jom Kembali Ke Ladang, kita nak rangsang anak muda ke kebun bagi mengusahakan sendiri.

“Kita tak mahu melihat masyarakat peneroka dibebani hutang, kita kena berani, kita nak halau kapitalis yang dicipta pemerintah Umno yang namanya Teknoplant,” katanya.

Mengulas tekanan yang dialaminya dan kesukaran menjelaskan isu yang berlaku melalui ceramah dan sebagainya, Mazlan hairan mengapa pemimpin Umno dan Felda terlalu takut dengan penjelasan yang ingin disampaikannya kepada masyarakat Felda.

“Saya hairan mengapa pemimpin Umno dan Felda terlalu takut kalau mereka tak buat salah. Kalau saya tak betul mereka boleh saman saya, memang saya dah kena saman pun, jadi apa mereka nak takut kalau mereka tak salah,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Thursday, March 25, 2010


CERAMAH ISU SEMASA

TARIKH : 26 MAC 2010 ( JUMAAT )
MASA: 9.00 MALAM

TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN
FELDA KERATONG 04

PENCERAMAH :
USTAZ NORAZLI MUSA

( BEKAS KETUA DPP PERAK )

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD

(YDP BESUT )

Thursday, March 4, 2010

DETIK-DETIK TERAKHIR RASULULLAH SAW SEBELUM WAFAT


DETIK-DETIK AKHIR NAFAS RASULULLAH SAW

Tertarik dengan email yang yang dihantar kepada ustaz Yusuf...ana copy untuk tatapan anak-anak dan sahabat-sahabat..

Detik-detik Nabi saw menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awwal di usia 63 tahun.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan

khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta

kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua

perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang- orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.

Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang

terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap

puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangis.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya .. kemudian dipanggilah Jibril

yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah

dengan suara yang amat lemah. Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh mu.

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.. Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi. Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

' kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka.

Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang

tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum-

Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. Ummatii, ummatii, ummatii- Umatku, seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu

Monday, February 22, 2010

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN FELDA KERATONG 04

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN KERATONG 04

KALI KE 22
TARIKH ; 26 feb 2010 - Jumaat

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN KERATONG 04
PERASMIAN OLEH :
USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD

Saturday, February 13, 2010

CERAMAH ISU SEMASA




CERAMAH ISU SEMASA
TARIKH : 17 FEBRUARI 2010 ( RABU )
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN KERATONG 04
PENCERAMAH JEMPUTAN :
USTAZ HJ NASRUDDIN BIN HJ HASAN TANTAWI

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Tuan puan dijemput hadir

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam