Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Friday, August 28, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KESYUKURAN



MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KESYUKURAN BERSAMA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT AL FADHIL USTAZ HJ NASRUDDIN HASAN TANTAWI.
PADA 4 SEPT 2009 BERSAMAAN 14 RAMADHAN 1430
TEMPAT DI MARKAS PAS CAWANGAN KERATONG 04

BERMULA JAM 6.00 PTG - TAZKIRAH
7.00 PTG - TAHLIL /DOA
7.12 PTG - BUKA PUASA

Tuan/puan Ahli PAS Cawangan Keratong 04 dan sahabat-sahabat PAS Kawasan / MTD Bukit Ibam dijemput hadir.

Sunday, August 2, 2009

DEMO BANTAH ISA 1 OGOS 09 - ZAID BARU RASA KENA GAS...


Luahan Zaid Ibrahim...(mantan menteri UMNOBN)


Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota.
Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.

Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan.

Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.


Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata.

ole-ole dari FRU....!!!!(1 FOR ALL)
Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat. Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.
Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah"

Friday, July 31, 2009

LUJNAH EKONOMI MENCARI DANA BANGUNAN




Ketua lujnah Ekonomi PAS cawangan ini berusaha mencari dana bagi membaikpulih bangunan PAS Cawangan di program karnival Jubli Perak PAS Kawasan Rompin yang diadakan tiga hari dan tiga malam di tapak dataran MTD Bukit Ibam Keratong 04 baru-baru ini.

Sdr Ghazali Arub yang merupakan seorang aktivis PAS Cawangan yang aktif dalam kerja-kerja mencari dana ini membuka kaunter disetiap malam ceramah diadakan. Melihat komitmen yang ditunjukkan oleh sdr Ghazali, insyaallah fasal 1 pembinaan bangunan baru PAS Cawangan ini akan dapat direalisasikan penghujung tahun ini.

Kami juga mengharapkan kepada semua dermawan yang budiman , kiranya dapat menghulurkan sumbangan dalam apa bentuk sekali pun dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah SWT bagi menambah bekalan kita untuk menghadapi kematian.

Monday, July 20, 2009

GAMBARAN SAMBUTAN HARAKI




KULIAH HARAKI - SAMBUTAN DILUAR JANGKAAN

PAS Cawangan Keratong 04 telah lama tidak menganjurkan program berbentuk haraki di peringkat cawangan. Ditahun 2009 ini program dakwah umum diadakan setiap bulan dengan ceramah penerangan kepada masyarakat setempat dengan menjemput Ustaz Misbahul Munir, Ann wan Seng dan Pemuda PAS Pusat.

Alhamdulillah dalam program haraki bertempat di Markas PAS Cawangan dengan menjemput Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Al Fadhil Ustaz Yusuf Embong ianya memberikan input yang baik kepada ahli-ahli peringkat cawangan. Cawangan bercadang akan pergiatkan aktiviti parti dengan menekankan dua aspek iaitu dakwah dan tarbiyah. Harapan kita agar ahli-ahli PAS mendapat kefahaman dalam berjemaah , masyarakat juga dalam masa yang sama dapat didakwahkan.

Sunday, July 12, 2009

MENILAI PEMIMPIN CINTAKAN AKHIRAT DAN CINTAKAN DUNIA

Perbandingan Rumah Kediaman 2 Tok Guru & MB Kedah
dengan Pemimpin-Pemimpin UMNO /BN

Untuk rakyat menilainya



Istana Muhkriz Tun Mahathir Banglo


DS Khair Toyo bekas MB Selangor


Rumah TG Hj Hadi ( Presiden PAS )


Rumah Ust Azizan ( MB Kedah )


Rumah TG Nik Abd Aziz ( MB Kelantan )

Jika kita melihat dengan dengan mata hati maka kita akan dapat menilai yang mana berkorban untuk rakyat dan mana mengumpul harta untuk diri sendiri. Tapi jika kita melihat dengan mata lendir ini maka pelbagai alasan yang akan diberikan oleh juak-juak UMNO/BN bagi menghalalkan pemimpin mereka.

Jika campur , dharab tolak dan bahagi tentunya gaji atau pendapatan sebagai wakil rakyat tentunya tidak mampu mereka ini memiliki istana dan banglo yang tersergam ini.

Fikir-fikirkanlah…..



Saturday, July 4, 2009

CETUSAN RASA HATI PENEROKA FELDA

FELDA memilih 7 Julai bagi sambutan Hari Peneroka seluruh Malaysia. Masjid disekitar tanah rancangan dibawah naungan FELDA berkumandang dengan khutbah sempena sambutan tersebut. Maka tergagap-gagaplah para khatib melafazkan bahasa yang global dalam teks yang disediakan oleh FELDA khusus bagi tujuan tersebut.

Bagi kita para peneroka, nikmat yang dianugerahkan ILahi ini bukan diterima dengan ‘percuma’. Lebih dari 25 tahun lalu para peneroka mengikat perut bagi menjelaskan hutang kebun 4 hektar dicampur suku ekar tapak rumah dengan nilaian 35 ribu ringgit Malaysia.

Selesai sudah penjelasan hutang kami peneroka diberi pilihan oleh FELDA samada mahu serahkan kembali kebun untuk FELDA usahakan tanam semula atau mengusahakan sendiri . Apabila segelintir kami para peneroka memilih jalan berdikari, maka bermulalah episod dikriminasi FELDA . Perang dingin yang dilancarkan oleh FELDA kepada pendikari, imbuhan anak yang cemerlang tidak diberi, pengesahan dari pihak pentadbiran FELDA payahnya nak dapat dan sebagainya yang tidaklah mahu diceritakan satu persatu disini kerana itu bukannya focus .

FOKUS saya adalah wang tabung tanam semula atau disebut dalam slip gaji kami dulu-dulu TS dimana DIA ? Mengapa pihak FELDA tidak serahkan kepada kami yang mengusahakan kebun dengan duit poket sendiri ini!!! / ?

Apakah FELDA tidak mahu ambil pusing masalah yang dihadapi peneroka yang berdikari ini? Tidakkah kes kejayaan saman RM11 juta terhadap FELDA di Kelantan tidak mencelik lagi mata FELDA? Dan banyak lagi kes-kes yang masih berada di mahkamah yang melibatkan FELDA dengan para peneroka.

Kejayaan peneroka yang berdikari menempelak lagi FELDA kerana sebelum ini FELDA dimomokkan dengan isu kegagalan peneroka yang mengusahakan kebun sendiri. Namun bagi peneroka yang menghadapi masalah kewangan ianya amat sukar untuk diatasi. Dengan kos baja yang melambung tinggi sememangnya memeritkan mereka.

Kezaliman FELDA kepada para peneroka akan memadamkan kebajikan yang FELDA berikan selama ini. Apakah sambutan Hari Peneroka yang disambut oleh FELDA ( Bukannya Peneroka ) untuk mengabui mata rakyat Malaysia?

FELDA muktakhir ini telah menjadi badan koporat tidak lagi sebagai badan untuk membantu masyarakat melarat...!!!!

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam