Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, July 4, 2009

CETUSAN RASA HATI PENEROKA FELDA

FELDA memilih 7 Julai bagi sambutan Hari Peneroka seluruh Malaysia. Masjid disekitar tanah rancangan dibawah naungan FELDA berkumandang dengan khutbah sempena sambutan tersebut. Maka tergagap-gagaplah para khatib melafazkan bahasa yang global dalam teks yang disediakan oleh FELDA khusus bagi tujuan tersebut.

Bagi kita para peneroka, nikmat yang dianugerahkan ILahi ini bukan diterima dengan ‘percuma’. Lebih dari 25 tahun lalu para peneroka mengikat perut bagi menjelaskan hutang kebun 4 hektar dicampur suku ekar tapak rumah dengan nilaian 35 ribu ringgit Malaysia.

Selesai sudah penjelasan hutang kami peneroka diberi pilihan oleh FELDA samada mahu serahkan kembali kebun untuk FELDA usahakan tanam semula atau mengusahakan sendiri . Apabila segelintir kami para peneroka memilih jalan berdikari, maka bermulalah episod dikriminasi FELDA . Perang dingin yang dilancarkan oleh FELDA kepada pendikari, imbuhan anak yang cemerlang tidak diberi, pengesahan dari pihak pentadbiran FELDA payahnya nak dapat dan sebagainya yang tidaklah mahu diceritakan satu persatu disini kerana itu bukannya focus .

FOKUS saya adalah wang tabung tanam semula atau disebut dalam slip gaji kami dulu-dulu TS dimana DIA ? Mengapa pihak FELDA tidak serahkan kepada kami yang mengusahakan kebun dengan duit poket sendiri ini!!! / ?

Apakah FELDA tidak mahu ambil pusing masalah yang dihadapi peneroka yang berdikari ini? Tidakkah kes kejayaan saman RM11 juta terhadap FELDA di Kelantan tidak mencelik lagi mata FELDA? Dan banyak lagi kes-kes yang masih berada di mahkamah yang melibatkan FELDA dengan para peneroka.

Kejayaan peneroka yang berdikari menempelak lagi FELDA kerana sebelum ini FELDA dimomokkan dengan isu kegagalan peneroka yang mengusahakan kebun sendiri. Namun bagi peneroka yang menghadapi masalah kewangan ianya amat sukar untuk diatasi. Dengan kos baja yang melambung tinggi sememangnya memeritkan mereka.

Kezaliman FELDA kepada para peneroka akan memadamkan kebajikan yang FELDA berikan selama ini. Apakah sambutan Hari Peneroka yang disambut oleh FELDA ( Bukannya Peneroka ) untuk mengabui mata rakyat Malaysia?

FELDA muktakhir ini telah menjadi badan koporat tidak lagi sebagai badan untuk membantu masyarakat melarat...!!!!

No comments:

Post a Comment

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam