Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 7, 2010

PENEROKA TANAM SENDIRI DI NAFI HAK


PENEROKA TANAM SENDIRI DINAFI HAK .

Adakah Dato' Seri Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia berbohong atau Felda yang menafikan hak kepada peneroka yang mengusahakan kebun secara persendirian bagi mendapatkan wang sumbangan persekolahan yang diagihkan awal tahun 2010 lalu?

Kenyataan PM bahawa semua peneroka akan memperolehi sumbangan tersebut antara RM400 - RM1200 tidak kira mereka yang kebun diurus oleh Felda atau diusahakan sendiri.

Penulis menjenguk sebentar di Pejabat Felda ditanah rancangan wilayah Kuantan bagi melihat suasana yang berlaku. Mengikut maklumat yang diperolehi, Felda telah menentukan had atau kadar tertentu hasil yang dituai dan dijual melalui resit Felda bagi memperolehi wang yang diumumkan oleh Najib tempoh hari.

Persoalannya adakah mereka yang tidak cukup kuota dinafikan wang bagi membiayai persekolahan anak-anak mereka sedangkan selama puluhan tahun keringat mereka diperah oleh Felda. Hanya Dato Seri Najib yang boleh jawab atau belaiu akan menjawabnya di Akhirat nanti...

1 comment:

  1. Salam,

    saya juga anak felda, tetapi saya kurang bersetuju dengan kenyataan "selamaa puluhan tahun keringat mereka diperah oleh Felda".

    peneroka bekerja, mencari hasil untuk diri sendiri, hasil kebun 10 ekar tu untuk sendiri. kalau potong duit baja, racun untuk kebun kita sendiri. janganlah kerana kemalasan dan kebodohan kita, baja yang kita bayar tu dibuang dalam paya.

    pengamatan saya, orang tua saya tidak pernah mengharapkan duit pendahuluan raya ke, anak sekolah ke apa.....anak 7, dua doktor,1 peguam, 2 engineer, 1 PTD & sorang doktor pelatih, Alhamdulillah.

    tanah 10 ekar... tanah paya pun ada, mula-mula masuk rancangan dulu memang la susah, tapi kalau rajin, apetah lagi rajin berbakti pada tanah, insyaallah... survive.

    melainkan... kalau banyak sangat politik kedai kopi.. itu tak betul, ini tak betul, semuanya tak betul....

    jadi, apa yang betul? rupanya yang betul tu adalah anak kayu setinggi pokok sawit, lepas tu pergi pejabat serang pengurus sebab tak boleh claim duit pendahuluan.

    Fikirkanlah.

    ReplyDelete

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam