Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Monday, August 30, 2010













CANTIKNYA ISLAM APABILA NON MUSLIM MENGERTI.....


Pada keluaran lalu sedikit saya coretkan kisah satu keluarga saudara baru Islam seolah dihantar Allah ke tempat kami untuk menguji Iman dan Islam kami di bulan Ramadhan tahun ini. Apakah Ramadhan ini benar-benar menjadikan kami bertaqwa.?

Kali ini kita dengar pula perbualan Saudara kita ( Mohammad ) dengan Boss beliau setelah diterima bekerja sebagai penyelia disebuah ladang.

Mohd : ' Boss, hari ini Jumaat saya orang Islam kena sembahyang Jumaat"
Boss : ' Begitu ka...? tapi orang melayu lain ramai tak semayang ?'
Mohd : ' Itu orang melayu sama juga dengan orang India dan Cina yang tidak kuat agama"
Boss : ' Apa pasal? '
Mohd : ' Kami orang Islam kena sembahyang serupa orang Hindu dan Buddha, jika dia melayu ,India atau cina belum tentu dia sembahyang ..'
Boss : ' Kalau itu macam...awak suruh budak-budak Indon awak pergi semayang.nanti Tuhan Alah tolong sama kita.. '
Mohd : ' Ok boss..thank you'
Boss : ' Inilah satu kali saya jumpa orang Islam yang cakap sama saya mahu pergi semayang'

Arahan Mohamad kepada buruh Indon diladang jagaannya.

Mohd : ' Saya mahu awak semua berhenti rehat jam 12.15 tengahari..kerana saya mahu ajak awak semua solat jumaat...jika awak keje tidak berhenti jam 12.15 ini saya tak akan checkroll sama awak..."
Buruh Indon : ' Ok Boss "

Jam 12.15 sebagaimana yang diarahkan buruh Indon kelihatan berhenti rehat dan Mohamad dengan van Ford yang disediakan majikan memuatkan semua pekerja tersebut ke sebuah Masjid yang berhampiran untuk solat Jumaat.

Sunday, August 22, 2010


SAUDARA BARU ISLAM - DIMANA KEBAJIKAN MEREKA !

Petang ini dengan takdir Allah SWT kami kariah masjid Keratong 04 menerima kehadiran satu keluarga baru Islam yang baru setahun memeluk agama suci ini. Ramadhan tahun ini adalah yang pertama bagi keluarga ini.

Berhijrah demi menyelamatkan aqidah yang suci, meninggalkan segala kesenangan hidup demi Islam. Bagi keluarga baru ini, Islam adalah pilihan yang tepat. Namun menceritakan betapa sukarnya untuk melafazkan kalimah suci dek kerana birokrasi dalam pejabat-pejabat agama negeri amatlah menyedihkan.

Betapa mudahnya penganut Islam menukar agama, tidak semudah penganut agama lain untuk menganut agama Islam yang suci. Begitulah suasana dan initipati yang sebenar dalam sebuah negara yang Islam adalah agama resmi.

Kerajaan hanya gah diluar sahaja bercakap Islam tetapi realitinya hanya mereka yang mempunyai pengalaman sebagaimana saudara baru ini sahaja yang tahu betapa kosongnya kerajaan yang diperintah oleh UMNO BN ini.

Persoalannya dalam menyediakan kebajikan kepada saudara-saudara baru ini ? Kemana perginya duit zakat , baitulmal dan lain-lain lagi....Apakah kerajaan atau jabatan Agama Islam tidak mempunyai peruntukkan?

Thursday, August 19, 2010

Jul & Aug Musim Menetas , Dec Musim Mengawan

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya . Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .

Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .


SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu Sidang Meja Bulat di Anjung Rahmat Gombak pada 22 hb August 2010 [ jam 2 pm hingga 5.30 pm ] bagi membincangkan isu Jenayah rogol , zina dan buang bayi serta jalan penyelesaiannya . Sidang meja bulat ini akan turut mengundang parti - parti politik , ngo - ngo dan tokoh - tokoh tertentu .

Saturday, August 7, 2010

KEMBALINYA KE RAHMATULULLAH HJ ISMAIL MAT SAHRI

Hari ini 7 Ogos 2010 jam 1.00 pagi ( Sabtu ) seorang lagi pimpinan PAS Cawangan ini telah kembali bertemu Ilahi. Almarhum Tuan Hj Ismail Mat Sahri Timbalan Ketua PAS Cawangan ini dikatakan sesak nafas sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebelum ini beliau telah diserang angin ahmar dan kesihatan beliau baik walaupun fizikalnya nampak keuzuran.

Pernah menjadi Ahli Jawatan PAS kawasan Rompin beberapa penggal sekitar tahun 2007-2009.
Al marhum di amanahkan oleh Ahli-Ahli Koperasi Serbaguna Felda Keratong 04 Bhd sebagai pengerusi dan telah mengekalkan jawatan tersebut 3 penggal berturut-turut. Saya tertarik dengan almarhum kerana loghat jawanya begitu baik apabila bercakap. Seorang pandai berhujah dan ideanya bernas dan boleh dijadikan sebagai bahan perbahasan baik di Mesyuarat resmi maupun di kedai kopi.


Abang kepada Hj Yahya Mat Sahri bekas Setiausaha Bahagian PKR Selangor ini meninggalkan seorang balu dan anak serta cucu yang masih memerlukan kasih sayang. Namun Allah SWT lebih menyayangi dan mengasihi almarhum.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama para syuhada' dan solehin. Allahumma Amin.. Alfatihah

Tuesday, August 3, 2010

KARNIVAL IKTIRAF

Karnival "Iktiraf" ??? apa benda tu....mungkin itu yang ditanyakan oleh masyarakat peneroka gugusan Keratong Pahang kepada pihak yang menganjurkan program yang akan bermula 6 hingga 8 ogos ini bertempat di Padang Awam bandar Tun Razak Pahang.

6 - 8 Ogos adalah tarikh yang hampir dengan tarikh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang dinantikan oleh mereka yang beriman. Persoalan mengapakah program tersebut dicetuskan dalam suasana masyarakat Islam sedang membuat persiapan menyambut Ramadhan?

Jika dilihat banting yang dipasang disepanjang jalan besar, beberapa acara telah disusun antaranya Persembahan artis, band, futsal dan Forum perdana.

Mungkin kepada mereka yang menggunakan istilah air dan minyak tak bercampur, maka hiburan dan acara agama digabungkan sekali. Persoalannya jika tidak ada program hiburan tidak menarikkah karnival tersebut ? Jika boleh saya memberikan contoh mudah...dalam sebiji pinggan yang akan kita makan diletakkan rojak campur....ayam sembelihan + nenas + ayam tak sembelih + ???+#####...agak-agaknya sanggupkah kita makan ?

Bila kita persoalkan kenapa sambut Ramadhan dengan pesta hiburan !!! maka penganjur @ masyarakat yang tidak faham Islam akan menjawab...Forum Perdana pun adaaaa....kan ada program agama tuuuuuuuuuuuuu.

Dalam suasana anak muda Islam rosak, anak tidak sah taraf dan lain-lain lagi.....apakah penganjur yang dah tentunya Islam tidak memikirkan itu semua??? fikirkah lah dengan jiwa yang sejahtera...

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam