Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Monday, September 21, 2009

HARI RAYA DAN JALAN RAYA



Hari Raya , Kemalangan Jalan raya dua kembar sinonim yang selalu didengari dan ditatap dimedia cetak elektronik. Setiap kali Hari Raya maka Jalan raya akan disebut sama kerana rakyat marhain sering menggunakannya. Raya pertama tahun ini, selesai solat sunat idilfitri kami beraya dikampung Kuala Pahang tempat aku dibesarkan sehingga tamat form 5.
Aku tak hendak cerita pasal raya sangat ni..tapi fokusnya pada jalan raya atau lebuhraya Tun Razak dari Segamat ke Kuantan . Sebelum bermulanya Hari Raya kempen Jalan raya kedengaran disana-sini oleh tok-tok menteri dan pihak-pihak yang berkenaan. Saban tahun laporan statistik kemalangan maut dicatatkan dan dihebohkan. Polis , JPJ dan berbagai agensi menguatkuasakan undang-undang Jalan raya. Papan tanda yang mana usang diganti atau dicat baru. Kilometer yang tinggi dikurangkan had kelajuan. Ini semua usaha bagi mengatasi kadar kemalangan di Jalan raya.
Tapi apakah pihak KERAJAAN sedar atau pun tidak mereka menyediakan Jalan Raya maut untuk rakyat marhain khususnya di kawasan timur semenanjung Malaysia .
Dengan keadaan Jalan yang tidak rata serta di tampal sana-sini, sempit amat bahaya kepada pengguna dan menakutkan ditambah ketidak selesaan. Penunggang motosikal antara yang berisiko tinggi akan ‘maut’ apabila berada di Jalan raya.
Bagi aku yang menggunakan kenderaan buatan Malaysia - rupa-rupanya Jalan raya kita ini tidak sesuai dengan kenderaan buatan sendiri. Lainlah mereka yang elit memacu honda, toyota dan nissan mewah. Aku dapat rasakan perjalanan 100 km lebih itu memeritkan, ‘bergelombang’ kata anak aku yang sedang pregnant....
Kenapa ya...Kerajaan tidak menyediakan Jalan yang lebih selesa dan selamat untuk rakyatnya? Apakah kerajaan tak cukup duit? Atau rakyat kena berkorban duit ringgit untuk membaikpulih kenderaan masing-masing setiap kali kembali dari kampung halaman?
Persoalan , jawapan dan tanda soal atau kesimpulan rakyat khususnya pemandu dipersalahkan tidak harus berbangkit lagi....Beto-beto-beto....kata IPIN & UPIN.

Saturday, September 19, 2009

Sunday, September 13, 2009

DMP ROMPIN MERAIKAN PESAKIT DI WAD HOSPITAL MUADZAM SHAH






13 September 2009 - Hospital Muadzam Shah dikunjungi lagi oleh rombongan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rompin menjelang sambutan idilfitri. Bersama dalam program tahunan DMP ini adalah Encik Mazlan Mohd Yasin iaitu TYDP yang turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit.
Rombongan DMP yang diketuai oleh Puan Rohaya bte Husain bersama Ahli Jawatankuasanya sempat beramah mesra dengan pesakit dan kakitangan yang bertugas dihujung minggu diwad bersalin,wad kanak-kanak dan wad pesakit perempuan.
Menurut Puan Rohaya, walaupun sumbangan Hari raya ini tidak seberapa nilainya namun harapan beliau ianya menjadi acara tahunan yang akan diterusnya oleh pemimpin akan datang. Seorang pesakit yang ditemui memberitahu,beliau terharu dengan kunjungan 'persatuan' perempuan PAS ini kerana selama tiga bulan berada diwad Muadzam ini belum ada pihak-pihak lain yang datang menjengok dan menghulurkan sumbangan.

Friday, September 11, 2009

NOSTAGIA- XPDC MUSLIMAT PAS ROMPIN

NOSTAGIA LAWATAN MUSLIMAT PAS ROMPIN KE NEGERI PR MEMBERI KENANGAN MANIS.



Saturday, September 5, 2009

RAMADHAN DI TANAH SUCI...Jiwa ini terpanggil...



PUISI RAMADHAN..
Jiwa dan naluri terpanggil,
Ramadhan di Tanah Suci,
namun ku tidak mampu kesana tika ini,
Kerinduan lambaian kaabah amat menusuk kalbu,
Tika rindu ku buka blog harmain mendengar alunan Quran,
Imam Masjidil haram Sh Ahmad Maher Muqawali yang sayu itu...
Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan kemampuan untuk kesana lagi,
Ramadhan...yang melangkah pergi hari demi hari...apakah sempat ketemu lagi ?

SUASANA BERJEMAAH DI MAJLIS IFTAR CAWANGAN KERATONG 04







Kehadiran Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Al fadhil Ustaz Hj Nasruddin Tantawi disaat akhir dimajlis Iftar PAS Cawangan menceriakan suasana walaupun beliau keuzuran dan tidak mampu memberikan tazkirah kerana 'ketiadaan' suara.
Majlis yang dihadiri lebih daripada 70 jemaah muslimin dan muslimat berbagai peringkat menampakkan suatu bentuk keperihatinan ahli kepada parti.
Walaupun tazkirah tiada namun majlis bacaan tahlil dipimpin oleh saudara Ku Isa Ku Husin selaku Jawatankuasa PAS Cawangan dan doa dibacakan oleh Imam Masjid Keratong 04 yang juga hadir iaitu Imam Jailani Mat Ya.

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam