Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Friday, July 31, 2009

LUJNAH EKONOMI MENCARI DANA BANGUNAN




Ketua lujnah Ekonomi PAS cawangan ini berusaha mencari dana bagi membaikpulih bangunan PAS Cawangan di program karnival Jubli Perak PAS Kawasan Rompin yang diadakan tiga hari dan tiga malam di tapak dataran MTD Bukit Ibam Keratong 04 baru-baru ini.

Sdr Ghazali Arub yang merupakan seorang aktivis PAS Cawangan yang aktif dalam kerja-kerja mencari dana ini membuka kaunter disetiap malam ceramah diadakan. Melihat komitmen yang ditunjukkan oleh sdr Ghazali, insyaallah fasal 1 pembinaan bangunan baru PAS Cawangan ini akan dapat direalisasikan penghujung tahun ini.

Kami juga mengharapkan kepada semua dermawan yang budiman , kiranya dapat menghulurkan sumbangan dalam apa bentuk sekali pun dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah SWT bagi menambah bekalan kita untuk menghadapi kematian.

Monday, July 20, 2009

GAMBARAN SAMBUTAN HARAKI




KULIAH HARAKI - SAMBUTAN DILUAR JANGKAAN

PAS Cawangan Keratong 04 telah lama tidak menganjurkan program berbentuk haraki di peringkat cawangan. Ditahun 2009 ini program dakwah umum diadakan setiap bulan dengan ceramah penerangan kepada masyarakat setempat dengan menjemput Ustaz Misbahul Munir, Ann wan Seng dan Pemuda PAS Pusat.

Alhamdulillah dalam program haraki bertempat di Markas PAS Cawangan dengan menjemput Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Al Fadhil Ustaz Yusuf Embong ianya memberikan input yang baik kepada ahli-ahli peringkat cawangan. Cawangan bercadang akan pergiatkan aktiviti parti dengan menekankan dua aspek iaitu dakwah dan tarbiyah. Harapan kita agar ahli-ahli PAS mendapat kefahaman dalam berjemaah , masyarakat juga dalam masa yang sama dapat didakwahkan.

Sunday, July 12, 2009

MENILAI PEMIMPIN CINTAKAN AKHIRAT DAN CINTAKAN DUNIA

Perbandingan Rumah Kediaman 2 Tok Guru & MB Kedah
dengan Pemimpin-Pemimpin UMNO /BN

Untuk rakyat menilainya



Istana Muhkriz Tun Mahathir Banglo


DS Khair Toyo bekas MB Selangor


Rumah TG Hj Hadi ( Presiden PAS )


Rumah Ust Azizan ( MB Kedah )


Rumah TG Nik Abd Aziz ( MB Kelantan )

Jika kita melihat dengan dengan mata hati maka kita akan dapat menilai yang mana berkorban untuk rakyat dan mana mengumpul harta untuk diri sendiri. Tapi jika kita melihat dengan mata lendir ini maka pelbagai alasan yang akan diberikan oleh juak-juak UMNO/BN bagi menghalalkan pemimpin mereka.

Jika campur , dharab tolak dan bahagi tentunya gaji atau pendapatan sebagai wakil rakyat tentunya tidak mampu mereka ini memiliki istana dan banglo yang tersergam ini.

Fikir-fikirkanlah…..



Saturday, July 4, 2009

CETUSAN RASA HATI PENEROKA FELDA

FELDA memilih 7 Julai bagi sambutan Hari Peneroka seluruh Malaysia. Masjid disekitar tanah rancangan dibawah naungan FELDA berkumandang dengan khutbah sempena sambutan tersebut. Maka tergagap-gagaplah para khatib melafazkan bahasa yang global dalam teks yang disediakan oleh FELDA khusus bagi tujuan tersebut.

Bagi kita para peneroka, nikmat yang dianugerahkan ILahi ini bukan diterima dengan ‘percuma’. Lebih dari 25 tahun lalu para peneroka mengikat perut bagi menjelaskan hutang kebun 4 hektar dicampur suku ekar tapak rumah dengan nilaian 35 ribu ringgit Malaysia.

Selesai sudah penjelasan hutang kami peneroka diberi pilihan oleh FELDA samada mahu serahkan kembali kebun untuk FELDA usahakan tanam semula atau mengusahakan sendiri . Apabila segelintir kami para peneroka memilih jalan berdikari, maka bermulalah episod dikriminasi FELDA . Perang dingin yang dilancarkan oleh FELDA kepada pendikari, imbuhan anak yang cemerlang tidak diberi, pengesahan dari pihak pentadbiran FELDA payahnya nak dapat dan sebagainya yang tidaklah mahu diceritakan satu persatu disini kerana itu bukannya focus .

FOKUS saya adalah wang tabung tanam semula atau disebut dalam slip gaji kami dulu-dulu TS dimana DIA ? Mengapa pihak FELDA tidak serahkan kepada kami yang mengusahakan kebun dengan duit poket sendiri ini!!! / ?

Apakah FELDA tidak mahu ambil pusing masalah yang dihadapi peneroka yang berdikari ini? Tidakkah kes kejayaan saman RM11 juta terhadap FELDA di Kelantan tidak mencelik lagi mata FELDA? Dan banyak lagi kes-kes yang masih berada di mahkamah yang melibatkan FELDA dengan para peneroka.

Kejayaan peneroka yang berdikari menempelak lagi FELDA kerana sebelum ini FELDA dimomokkan dengan isu kegagalan peneroka yang mengusahakan kebun sendiri. Namun bagi peneroka yang menghadapi masalah kewangan ianya amat sukar untuk diatasi. Dengan kos baja yang melambung tinggi sememangnya memeritkan mereka.

Kezaliman FELDA kepada para peneroka akan memadamkan kebajikan yang FELDA berikan selama ini. Apakah sambutan Hari Peneroka yang disambut oleh FELDA ( Bukannya Peneroka ) untuk mengabui mata rakyat Malaysia?

FELDA muktakhir ini telah menjadi badan koporat tidak lagi sebagai badan untuk membantu masyarakat melarat...!!!!

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam