Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 4, 2010

DETIK-DETIK TERAKHIR RASULULLAH SAW SEBELUM WAFAT


DETIK-DETIK AKHIR NAFAS RASULULLAH SAW

Tertarik dengan email yang yang dihantar kepada ustaz Yusuf...ana copy untuk tatapan anak-anak dan sahabat-sahabat..

Detik-detik Nabi saw menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awwal di usia 63 tahun.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan

khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta

kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua

perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang- orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.

Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang

terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap

puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangis.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya .. kemudian dipanggilah Jibril

yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah

dengan suara yang amat lemah. Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh mu.

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.. Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi. Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

' kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka.

Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang

tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum-

Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. Ummatii, ummatii, ummatii- Umatku, seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu

Monday, February 22, 2010

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN FELDA KERATONG 04

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN KERATONG 04

KALI KE 22
TARIKH ; 26 feb 2010 - Jumaat

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN KERATONG 04
PERASMIAN OLEH :
USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD

Saturday, February 13, 2010

CERAMAH ISU SEMASA




CERAMAH ISU SEMASA
TARIKH : 17 FEBRUARI 2010 ( RABU )
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN KERATONG 04
PENCERAMAH JEMPUTAN :
USTAZ HJ NASRUDDIN BIN HJ HASAN TANTAWI

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Tuan puan dijemput hadir

Sunday, January 31, 2010



wasiat abah

aNA COPY dARI bLOG ANAK ..
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.


Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian
itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ...
"tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!
Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu ' alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu ' anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu ' alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam

kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu ' alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata ' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ' anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la aku gak masih belum terlambat untuk dimulakan...

waallah hu a'lam
ELAX KEJAP CETE POLITIK KITA RENUNG-RENUNG SEKEJAP.....

Thursday, January 21, 2010


KISAH ORANG-ORANG UMNO KENA PERANGKAP ALLAH...

Petang khamis semalam, langit merah bercahaya tetapi kelam diatasnya menandakan rahmat dari Allah akan turun untuk makhluknya dibumi yang mengharapkannya.

Petang itu masjid Keratong 04 nampak sedikit pelik kerana jemaah yang hadir melebihi biasa sehingga empat saf sedangkan tiada makluman ceramah besar akan dibuat. Selesai imam memberikan salam...rahmat pun turun dengan lebatnya.

Kebiasaanya setelah selesai berdoa, jemaah UMNO akan berduyung-duyung keluar dari masjid walaupun kuliah akan diadakan. Sememangnya jemaah UMNO tidak berminat dengan majlis ilmu dari dulu kini dan selamanya...yang dia orang minat majlis yasin malam Jumaat dengan berbekal botol-botol untuk dijadikan penerang hati..tapi hati tak terang-terang...( nak terang camno majlis ilmu x minat ).

Setelah selesai solat sunnat Aku menyapa Ustaz Jalal yang akan memberikan kuliah mingguannya " Malam ni UMNO kena perangkap oleh Allah, Ustaz katuk sikit.."

Ustaz Jalal bukanlah pengkuliah yang keras tapi malam itu tiga empat das peluru dia tembak...UMNO yang ada faham atau tidak Aku pun tak tahu...

Orang UMNO yang jadi keras keng kata orang Terengganu kerana tidak faham hukum hakam dan malas untuk duduk sebentar dalam majlis tazkirah...maka jadilah UMNO sampai mati...

Sunday, January 17, 2010


POLITIK MASA KINI...

Gunakan politik untuk kemaslahatan ummah jangan guna politik untuk 'berpolitik' ( Cari kedudukan, menjatuhkan orang, khianat, fitnah, adudomba ).

Senario masakini nampaknya telah menjadi 'trend' orang main politik untuk kepentingan peribadi...benarkah begitu ? Mungkin kita mampu menjawabnya....

Thursday, January 7, 2010

PENEROKA TANAM SENDIRI DI NAFI HAK


PENEROKA TANAM SENDIRI DINAFI HAK .

Adakah Dato' Seri Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia berbohong atau Felda yang menafikan hak kepada peneroka yang mengusahakan kebun secara persendirian bagi mendapatkan wang sumbangan persekolahan yang diagihkan awal tahun 2010 lalu?

Kenyataan PM bahawa semua peneroka akan memperolehi sumbangan tersebut antara RM400 - RM1200 tidak kira mereka yang kebun diurus oleh Felda atau diusahakan sendiri.

Penulis menjenguk sebentar di Pejabat Felda ditanah rancangan wilayah Kuantan bagi melihat suasana yang berlaku. Mengikut maklumat yang diperolehi, Felda telah menentukan had atau kadar tertentu hasil yang dituai dan dijual melalui resit Felda bagi memperolehi wang yang diumumkan oleh Najib tempoh hari.

Persoalannya adakah mereka yang tidak cukup kuota dinafikan wang bagi membiayai persekolahan anak-anak mereka sedangkan selama puluhan tahun keringat mereka diperah oleh Felda. Hanya Dato Seri Najib yang boleh jawab atau belaiu akan menjawabnya di Akhirat nanti...

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam