Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 30, 2011


Kami buat poster ini untuk menyatakan bahawa kami cukup bangga dengan Cikgu Normala Surdiman, Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dun Tenang. Tidak lupa kepada para pertugas Pakatan Rakyat dan khususnya kepada pengundi PR, tahniah dan syabas!

Kami terharu dan teruja dengan kesungguhan anda di medan juang memberikan sinaran Islam di bumi UMNO yang bertuah itu.

ANDA MEMANG HEBAT!!
ANDA ADALAH PEMENANG SEBENARNYA!!!

Poster ini dicadangkan untuk diletak disemua blog Pakatan Rakyat bagi menunjukkan kita tidak sedikit sedih dan lemah semangat atas apa yang berlaku kerana kita adalah perjuang kebenaran yang PASTI akan meruntuhkan keboborakkan UMNO yang durja!!!

TAKBIR
ALLAH HU'AKHBAR!!!

Sunday, January 23, 2011




PKR TENANG ....
PENAMAAN CALON 22.1.2011


Gelombang rakyat pembuka tirai 2011 mengerunkan BN pada hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Tenang.

Pemimpin BN seolah hilang punca dan mengelabah yang akan dapat kita lihat nanti semasa kempen sebelum hari pembuangan undi 30 Januari ini.

Monday, January 3, 2011



MUADZAM SHAH DAH JADI PUSAT TERNAK BURUNG WALIT ?

Mungkinkah Bandar Muadzam Shah Pahang yang satu ketika dulu dirancang menjadi bandar baru yang dapat menandingi atau sekurang-kurangnya menyaingi bandar Segamat Johor akan menjadi realiti ?

Melihat fenomena yang ada kini , deretan bangunan kedai yang ada di Bandar MS telah menjadi rumah untuk burung walit. Tanpa mengambil kira persekitaran dan pelbagai permasalahan akan timbul untuk masa akan datang, penguasa burung walit mengambil jalan singkat mencari laba dengan menjadikan tingkat atas bangunan kedai sasaran projek.

Persoalannya adakah sebagai warga Muadzam Shah kita sanggup melihat suasana daripada Bandar baru bertukar kepada pusat ternak burung walit ? Jawapannya ada pada kita semua....Adakah MDR meluluskan lesen atau memberikan kebenaran pekedai-pekedai ini mengusahakan projek ini tanpa memikirkan risiko dimasa depan ? Diharap MDR dapat memberikan penjelasan sebelum orang awam beralih angin ke bandar lain untuk shopping dan sebagainya...

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam