Berita terkini yang harus dibaca oleh semua pengunjung:

LATEST:

Grab the widget  IWeb Gator

Monday, November 30, 2009

RELAX SEKETIKA ....



Ku ukir potret cucu pertama ku ini bagi melihat apakah bakat lamaku semasa di alam persekolahan dulu pudar dan kering.... Sekitar tahun penghujung 70 an...kepada teman2 yang mahu gambarnya dilakarkan sila email potret..aku akan cuba melakarkannya...free of charge...

Friday, November 27, 2009

SAMBUTAN PERAYAAN IDIL ADHA KINI SEMAKIN DINGIN


SAMBUTAN PERAYAAN IDIL ADHA KINI SEMAKIN DINGIN

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu akbar!
Mengapa perayaan Idil Adha semakin dingin oleh masyarakat Melayu Islam kini ?
Jika kita perhatikan dan melihat suasana umat Islam Malaysia khususnya dan mungkin juga di negara-negara Asia Tenggara amnya sambutan bagi Idil Adha semakin tidak terasa jika dibandingkan Hari Raya Idil Fitri. Mengapa ianya berlaku?
Kita bimbang dan sangat-sangat khuatir, satu masa nanti generasi 5 - 10 tahun akan datang tidak memahami konsep Hari Raya Idil Adha hatta tidak akan meraikannya.
Bagi Islam Idil Adha adalah perayaan yang besar jika dibanding dengan Idil Fitri. Tetapi masyarakat kita kini terkeliru dengan perkara ini. Apakah peranan semua pihak tidak berfungsi dalam perkara ini. Kerajaan umat Islam, masyarakat, para alim ulama' dan ibubapa perlu memainkan peranan semula bagi mengikis pemikiran umat Islam yang beranggapan Idil Adha tidak penting.
Jika dulu-dulu minda kita dimasukkan anggapan Idil Adha untuk 'orang haji' saja...
Bagi saya peranan semua pihak wajib dimainkan dari sekarang kerana dibimbangi Idil Adha hilang dalam dairi umat Islam dan anak cucu cicit kita tidak tahu apa itu Idil Adha.......

Sunday, November 22, 2009

MAJLIS IHTIFAL PASTI DARUL QURAN 2009






MAJLIS IHTIFAL DARUL QURAN PASTI 2009
PASTI Darul Quran PAS Cawangan Keratong 04 menyambut Ihtifal 2009 secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ibubapa yang memberikan sokongan yang baik.
Ketua PAS Cawangan sebagai penaung PASTI dalam ucapan aluannya berbangga dengan PASTI Darul Quran ini kerana telah menjangkau usianya hampir 20 tahun. Daripada Tunas di pusat inilah telah lahir pelajar yang cemerlang dan berjaya, antaranya ada yang masih menuntut di Universiti Awam dan berjaya dalam kerjaya.
Harapan beliau dengan pembaik pulih bangunan PASTI pada hujung tahun ini ianya akan memberikan keselesaan kepada Pelajar untuk tahun-tahun akan datang.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Rompin yang juga penasihat PASTI Kawasan Al Fadhil Ustaz Nazri Ahmad.

Thursday, November 12, 2009

Monday, November 9, 2009

PERSEPSI ( SANGKAAN )- TULISAN USTAZ MOKHTAR SENIK


Saya tertarik dengan tulisan Al fadhil ustaz Mokhtar di blognya. Jadi saya paparkan sebagai satu renungan dan ilmu...

08 November 2009
Arab Badwi kah kita?...

Alhamdulillah "Seminar Pemerkasaan Pas"berlangsung dengan baik dan boleh dikatakan berjaya mengakhiri rentetan kemelut yang melanda Pas sebelum ini. Saya secara peribadi melihat seminar itu sendiri telah menunjukkan "jiwa perkasa Pas". Jiwa hebat sebuah Parti terutamanya Presiden yang bersedia mendengar sebarang kritikan dari "orang luar" walaupun tanpa sebuah dalil yang dapat dibuktikan atas tuduhannya sebelum ini. Menjadi satu sejarah apabila sebuah Parti sanggup memberi ruang kepada "orang luar" mengkritik parti secara terbuka dalam sebuah seminar yang dibuka kepada umum termasuk wakil media. Seminar ini telah meletakkan Pas dipihak "menang" dan "orang yang menuduh" dipihak yang "kalah".

Kita berseminar bukan untuk mencari menang atau kalah. Tapi sekurang-kurangnya ahli Pas perlu ingat bahawa menuntut hujjah dan bukti dari sebuah "tuduhan" yang dilemparkan kepada kita bukan satu tindakan yang "primitif" seperti yang dinyatakan oleh Dr Abu Hassan, ketika membidas peserta seminar yang mendesak Aziz Bari datangkan bukti atas tuduhannya sebelum ini. Meminta "pihak yang menuduh" membawakan bukti atas tuduhannya adalah "ajaran Islam". Primitifkan kaedah Islam itu?. Adakah kerana kita hidup di "abad ke 21" maka kaedah Islam yang mengatakan; " Saksi atau Bukti atas orang yang mendakwa ( menuduh) dan Sumpah atas orang yang mengingkarinya ( tertuduh)" sudah tidak sesuai dengan "abad Informasi" ini?. Saya berterima kasih kepada Dr Abu Hassan kerana berusaha gigih membuat kajiselidik untuk Pas. Namun suka juga saya mengingatkan kita semua bahawa dimana era dan dekad sekalipun kita hidup, samaada abad ke 17 atau abad ke 21, Islam, asas-asas hukumnya dan adab-adabnya tetap raleven dan menjadi prinsip kehidupan.

Aziz Bari gagal membawakan bukti atas tuduhan terbukanya sebelum ini. Walaupun Dr Abu Hassan cuba mempertahankannya dengan hujjah bahawa tulisan Aziz Bari itu cuba satu "persepsi" yang kemudiannya terbentuk menjadi "informasi". Maka apakah kerana ia hanya sebuah "persepsi" maka kita tidak terikat dengan hukum Islam?..Jangan menghalalkan apa yang haram dengan hanya bersandarkan kepada hujjah "perubahan zaman dan era". Hukum tidak pernah berubah walau era apa sekalipun. Benarlah kata ulama; "Dihalalkan suatu yang haram setelah ditukar namanya". Riba dirasakan tidak haram kerana telah ditukar dengan nama Interest. "Tikam Judi" ditukar dengan nama "tikam toto". Lalu untuk menghalalkan "fitnah" ditukarkan ia dengan "persepsi". Persepsi masih dikira nutral jika ia hanya ada dalam tempurung kepala seseorang, tetapi apa apabila ia dilontarkan kepada khalayak ia telah berubah menjadi maklumat atau informasi atau pernyataan. Jika informasi itu benar ia adalah ilmu dan jika salah maka ia adalah "tuduhan". Prinsip pendakwaan dalam Islam menuntut "didatangkan bukti" atas mana-mana tuduhan. Firman Allah yang bermaksud: " Datangkan hujjah kamu jika kamu adalah orang yang benar". Tuntutan inilah yang gagal ditunaikan oleh Aziz Bari. Primitifkan peserta seminar yang mendesak Aziz Bari mengemukakan bukti terhadap tuduhan terbukannya ?.

Saya hadir keseminar tersebut dan mengambil tempat duduk dibahagian hadapan. Tujuannya agar saya tidak terlepas satu pun hujjah yang akan dilontarkan oleh Aziz Bari. Kerana beliau adalah seorang Ahli Akademik yang mahir dengan undang-undang perlembangaan. Saya tidak nafikan banyak "input" yang dapat dipungut dari ucapan beliau mahupun tulisan-tulisannya sebelum ini. Namun apa yang saya harapkan dari seorang sarjana yang galak menulis didada akhbar ternyata kecewa. Kecewa kerana ucapan beliau tidak setajam tulisannya. Semacam ada usaha melarikan diri dari apa yang beliau tulis terhadap presiden sebelum itu. Sampai ketahap itu, kadar kecewa saya masih rendah. Tetapi apabila beliau didesak agar membuktikan tuduhan yang beliau tulis, Aziz hanya menjawab; saya pun dapat maklumat dari beberapa orang dalam Pas yang memberitahu saya. Sampai kepada kalimah ini hati saya cukup sedih dan kecewa. Saya tidak kesah siapa yang melapurkan kepada Aziz. Siapa orang tersebut tidak penting. Kerana saya pun tidak setuju jika beliau didesak untuk menamakan siapa "pelapur" yang dikatakan oleh beliau itu. Kerana itu soal dalaman Pas yang tidak patut ditelanjangkan dikhalayak. Hal tersebut boleh diurus oleh Badan Displin Pas. Tetapi apa yang saya kesal ialah betapa seorang sarjana hebat boleh melontarkan tulisan ke Khalayak 26 juta rakyat Malaysia dari hanya "lapuran" beberapa orang. Bukankah Allah berfirman dalam surah Al-Hujrat ayat 6, maksudnya;

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq (membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya. ( Takut) kalau-kalau kamu menzalimi satu kaum tanpa pengetahuan, lalu kelak kamu akan menyesal atas perbuatan kamu".

Para Ulama Mufassirin mengatakan, satu-satu berita itu dihukumkan fasiq jika;

1. Dibawa oleh orang yang tidak memiliki kepercayaan dan gugur sifat keadilan pada dirinya.

2. Berita yang dibawa tanpa dalil, saksi atau bukti.

Apabila diteliti apa yang dinyatakan oleh ulama' itu, ternyata tulisan Aziz Bari sebelum ini adalah tulisan yang mengandungi berita-berita fasiq. Berita tersebut hanya boleh disimpan dalam "kamus Dr Abu Hassan sebagai Persepsi" sahaja dan belum layak di "Informasikan kepada umum". Malangnya berita tersebut telah dibaca oleh jutaan pemerhati politik tanahair.

Saya percaya rata-rata Ahli Pas menghormati mana-mana keritikan daripada siapa pun. Sebelum ini pun Pas sudah biasa dikritik. Bahkan lebih pedas daripada kritikan Aziz Bari. Tetapi apabila Aziz Bari dalam siri-siri tulisannya secara konsisten menuduh Tuan Guru Presiden dan kemudian semacam melontarkan desakan agar Ahli Pas menghukum Presiden atas tuduhan itu, maka dengan kerana itulah saya rasa menyebabkan keadaan menjadi agak rimas. Tindakan Presiden "mengheret Aziz Bari" kemuka pengadilan umum Pas merupakan tindakan "tepat", supaya semua peserta seminar tahu "status" Informasi yang ditulis oleh Aziz sebelum itu. Sekarang kita semua sudah tahu bahawa berita yang ditulis oleh "sarjana" ini berstatus "Dhoif" jika dilihat dari displin ilmu hadis dan adab dalam Islam. Oleh itu tirai Seminar telah ditutup dengan satu kesimpulan bahawa kita berdiri teguh dibelakang pimpinan yang ada sekarang. Tidak lagi perlu ujud "kumpulan Dato' Seri Presiden" dan kumpulan "Aziz Bari".

Moral yang dapat kita pungut dari seminar tersebut pada pandangan saya ialah;

1. Jangan merombak wala' kepada pimpinan hanya kerana sebuah "informasi" Dhoif atau fasiq.

2.Ahli Pas perlu berlapang dada dengan apa-apa kritikan, tapi jangan sampai dada kita "ditikam".

3. Jangan diutamakan "pandangan pribadi individu" jika ianya bercanggah dengan keputusan mesyuarat.

4. Beradab dengan Pimpinan Jamaah. Memang benar Khalifah Abu Bakar dan Amirul Mukminin telah berlapang dada mendengar teguran kasar seorang Badwi. Kesah tersebut mengambarkan "kehebatan jiwa seorang pimpinan" supaya dicontohi oleh pimpinan gerakan Islam. Bukan mengajar kita sebagai ahli agar menjadi "Arab Badwi". Badwi kah kita?...

5. Jangan terheret dengan apa-apa ilmu atau kaedah yang menyebabkan kita terungkai dari kaedah-kaedah syara'.

6. Kita bukan hidup di "Abad Jahiliyyah" sehingga perlu meninggalkan Islam untuk menghalalkan apa yang haram kerana semata-mata mahu membina "persepsi".

Alhamdulillah..semua kita lega dengan berakhirnya seminar yang membuktikan "JIWA PERKASA" Pas itu.

Sunday, November 8, 2009

SEMINAR POLITIK PAS- TIDAK ADA LAGI RAHSIA DALAM PAS..



Saya tidak hendak membuat apa-apa ulasan berhubung resolusi atau yang diperdebatkan dalam Seminar PAS hari Sabtu lalu kerana kita bukannya orang yang layak untuk membuat ulasan , sekadar menjadi ahli dan pimpinan peringkat cawangan. Namun kekadang dalam hati ini tergerak juga untuk menulis sedikit apa yang patut...semoga yang terbuku dihati dapat diluahkan dalam bentuk tulisan didunia tanpa sempadan sekarang.

Saya juga hairan kalau masa dulu-dulu PAS apabila membuat sesuatu seminar, konvesyen , mesyuarat agong atau lain-lainnya yang ruang lingkupnya membincangkan perkara dalaman parti pastinya 'RAHSIA'. Sehinggakan ahli diperingkat cawangan hatta jawatankuasa peringkat cawangan pun tidak boleh masuk dan tahu apa yang dibincangkan kerana ditakuti bocor dan dikentahui pihak lawan.

Tetapi kini saya lihat dan umum mengentahui tiada lagi 'SECRET' dalam PAS. Apa-apa saja boleh diperbincangkan secara terbuka tidak kira ianya strategi maupun keaiban dalam parti. Kenapa jadi begini? Apakah kerana sikap terbukaan PAS menyebabkan tidak ada lagi 'SECRET' kepada umum?

Atau 'SECRET' hanya peringkat bawahan saja? Janganlah kerana sikap keterbukaan kita menyebabkan musuh mengambil kesempatan keatas kelemahan kita.

Bagi saya siapa saja yang bercakap atau mengulas atau mengkritik tentang PAS sekiranya benar ianya jujur kerana sayangkan Parti Islam yang satu-satunya ada di Malaysia ini, tidak bolehkah dibuat dalam perjumpaan bersama pimpinan peringkat Pusat? Aturkan pertemuan tertutup!!! Nah disana luahkan apa yang terbuku dihati dan diminda agar permasalahan tersebut dapat diselesaikan peringkat atasan sahaja, kerana jika benar 'Persoalan besar yang 'gah' kini adalah pimpinan tertinggi'( Jika benarlah apa yang dikata ).

Sebagai orang kerdil dalam jemaah saya amat tidak berkenan apa yang berlaku sekarang...baik siapa saja , Doktor ke pensyarah ke...selagi dianya tidak mengikat diri dengan jemaah, pandangannya kita boleh dengar tapi jangan duk cari pasal berbalah sama sendiri. Jika semua orang boleh bercakap dan dibenarkan bercakap tentang PAS tidak mustahil PAS tidak lagi dipandang sebagai parti politik yang mampu menggantikan UMNO satu hari nanti kerana orang luar duk komen tentang dalam rumah kita sedangkan kita hanya duk susun kerusi meja dalam rumah tapi orang luar dengar kita berkelahi dalam rumah ( Mengambil sedutan kata-kata TG HJ Hadi di muktamar lalu...)

Mungkin orang akan kata saya ni ahli yang primitif dalam PAS, sekarang zaman global..Ingat kita bukan hanya sebuah pertubuhan dakwah !!tapi juga sebuah parti politik dan sebuah gerakan Islam..Takkan tidak ada rahsia dalam PAS!!? Nak bincang masalah keluarga pun orang luar pun patut tahu....!!!!

Kadang-kadang pening jugak mikirkan masalah ini....antara 'RAHSIA DAN DIRAHSIAKAN'mana satu patut jadi 'Rahsia' ? Mungkin Al fadhil Ustaz Din Ketua DPPP boleh tolong ulas...

Tuesday, November 3, 2009

CERAMAH PENERANGAN


CERAMAH PENERANGAN BAGI DANA MADRASAH TAHFIZ BT KURAU

TARIKH : 6 NOV 2009 ( JUMMAT )
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS KERATONG 04
PENCERAMAH :
1- CN AFGHANI ( ZAINON ISMAIL )
( PENULIS BUKU JIHAD )
2- USTAZ TAJUDDIN BIN MAT JALI
( MUDIR MADRASAH TAHFIZ BT KURAU )
3- USTAZ HAFIZ AHMAD

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Bekalan Ke Akhirat

Bekalan Ke Akhirat

Kalendar Islam